Tips Berhenti Merokok

Posted by Ahmadul Hakim On 7:34 AM 4 comments

Tips Berhenti Merokok:

1.Mesti ada azam yang kuat untuk berhenti merokok

Katakanlah:”Ya Allah aku berazam untuk berhenti dari merokok..Ya Allah bantulah aku”

2.Berhenti dengan berperingkat-peringkat

Katakanlah biasanya dalam sehari anda akan menghisap 10 batang,cuba kurangkan jumlah tersebut sehingga anda mampu untuk tidak merokok melainkan hanya sebatang atau dua batang dalam sehari..

Katakanlah kebiasaanya anda akan membeli sekotak rokok 3 hari sekali,cuba kurangkan membeli rokok sehinggalah anda mampu untuk tidak memberli rokok lagi melainkan seminggu sekali sahaja..

3.Elak dari bergaul dengan perokok

4.Selalu menarik nafas panjang dan senaman

5.Banyakkan minum air kosong

Sebaiknya air kosong itu dibacakan dengan 40 kali surah al fatihah dengan niat untuk menjadi penawar menghilangkan ketagihan rokok..Setelah habis baca hembus ke dalam air tersebut..

6.Mengunyah sesuatu

Lebih-lebih lagi ketika anda merasa ketagih rokok..Kalau ikut petua bapa saya,ketika beliau nak berhenti merokok dahulu beliau amalkan menggigit bunga cengkih..Setiap kali rasa nak merokok beliau akan lakukan.Alhamdulillah sudah lebih 20 tahun bapa saya berhenti dari merokok..

7.Selalu membasuh tangan

8.Kerap mandi

9.Buat jus tembikai kemudian bacakan pada jus tembikai itu ayat dari surah al fatihah sebanayk 40 kali dengan niat agar jus tembikai itu menjadi penawar dari ketagihan rokok..Setelah habis baca hembus ke dalam jus tersebut..

10.Banyakkan berdoa agar Allah membantu anda menghilangkan ketagihan rokok..

Insya Allah sekiranya di amalkan, anda akan berjaya berhenti atau mengurangkan merokok. 
Sama-samalah kita berusaha ke jalan Allah agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

4 comments:

  1. nice info...hihihi...kengkadang ada juga insan yg kata nak berhenti tp..makin kuat merokok...kan..salam kenal http://eryati.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Heheheh... ramai x berjaya.
    bukan susah sangat nak berhenti merokok. ia melibatkan mindset. ada kawan perempuan saya berjaya berhenti merokok dalam 24 jam jek. terus berhenti.


    IbuCergas

    ReplyDelete
  3. hihihi..hanya orang yang kental boleh buat berperingkat...yg tak kentak kena berhenti mengejut..huhu

    ReplyDelete
  4. hihihi..hanya orang yang kental boleh buat berperingkat...yg tak kentak kena berhenti mengejut..huhu

    ReplyDelete

  • RSS
  • Email
  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • Habbo
  • Blog Rasmi