Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Mohon hulurkan bantuan.

Posted by Ahmadul Hakim On 4:53 AM 75 comments
Bismillah.
.
Assalamualaikum.
.
Saya di sini bukanlah ingin mempromosikan sebarang jualan. Tapi saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar ini. 
.
Daripada membazirkan RM1 dengan perkara2 yang tak berfaedah, lebih baik kita membantu mereka yang memerlukan. Walaupun RM1, tapi ianya amat membantu.
.
Sekiranya tidak mampu, share berita ini juga bakal memberi kita pahala pasif. Asyik buat income pasive je, arini pahala pula.
.
Allah juga menjanjikan ganjaran yang lagi besar buat mereka yang meringankan beban saudaranya. In Shaa Allah.



Tips Untuk Rezeki yang Murah

Posted by Ahmadul Hakim On 7:26 AM 1 comment
Ramai antara kita sering mengeluh dan murung kerana seringkali usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, seringkali gagal. Rezeki yang dikejar selalu menghampakan. Justeru, saya turut ingin berkongsi kepada semua tentang bagaimana mendekatkan rezeki dengan cara yang berkesan. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambanNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasiha pada hambaNya lalu dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w, "Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W "dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tarmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. FirmanNya "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tentteram" (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W juga bersabda "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagianlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya" (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, Al-Asybahani dan al-Hakim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W "Apabila hambanya itu meninggalkan boerdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya" (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskinm juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu" (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah S.A.W "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat tidak hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilanhkan kesusahan, kesedian, dan kesukaran seta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahua'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya"

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W, berpagi-pagi ialah memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah merupakan amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi S.A.W bersabda "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya" (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W bersabda "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki" (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Rasulullah S.A.W bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya" (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkap malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluan pada petang harinya" (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat keras" (Ibrahim: 7) FirmanNya lagi "... dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Contohnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenalMu, bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya Fattah ya 'Alim" Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat ndenga Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya. Dalam Al-Quran Allah suruh kita meminta kepadanya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berikthiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaNya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sebdiri perlu berusaha jadi baik, hendak rezeki diberkati perlu dijauhinya benda yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal kepada Allah, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. FirmanNya "Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)" (At-Thalaq: 3). Nabi S.A.W bersabda "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tarmizi, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Doa Murah Rezeki (Dibaca Waktu Membuka Pintu/Tingkap)

Di baca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri. Bagi Internet Marketer, baca ketika hendak membuka komputer atau laptop. Bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.

Doa Murah Rezeki


Faedah surah Al-Thalaq ayat 2&3
  • Apabila diwiridkan pada tiap-tiap setelah solat fardhu yang 5, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya dan akan mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.
  • Barangsiapa yang membaca ayat ini selepas solat fardhu dalam bilangan ganjil (1,3,5 dll) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dalam bermasyarakat, berusaha dan bekerja.
Semoga dapat sama-sama kita amalkan & sampaikan kepada saudara-saudara yang lain untuk perkongsian ilmu bersama. rezeki adalah anugerah Allah, carilah sumber rezeki yang halal walaupun ianya agak sukar diperolehi dan jangan bersifat tamak, demi keberkatan dunia akhirat. Wassalamualaikum ~

Doa Pencerah Wajah

Posted by Ahmadul Hakim On 8:07 AM 33 comments
Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

*Tips mendapat pendapatan online tanpa modal. KLIK SINI*


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)


                                       
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.


Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Untuk doa pelembut hati dan pengasih pula, lakukan langkah-langkah di bawah.

1. Amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.
2. Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih.

Amalan penyeri wajah samada untuk lelaki atau perempuan petuanya adalah seperti berikut:-

1. Pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam ambil segelas air mineral atau air masak
2. Bekaskan di dalam cawan jangan tutup air itu dan selawat sebanyak 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai supaya mudah terkena embun.
3. Ambil air itu setelah lepas solat subuh, baca Bismilah 7 kali dan minum air itu dantinggalkan suku gelas untuk sapu di muka buat tiap-tiap hari pagi, kesan akan dirasai jika diamalkan dalam masa 7 hari amalkannya selalu sehingga wajah kelihatan berseri seri.

*Tips mendapat pendapatan online tanpa modal. KLIK SINI*

Untuk menjadikan kekasih hati kita / isteri menjadi setia, lakukan kaedah di bawah.


Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).



Sesuai dengan nama surahnya iaitu An Nisa artinya wanita maka khasiat ayat ini adalah untuk menarik perhatian para wanita khususnya calon isteri agar tetap setia. Caranya adalah bacalah ayat diatas sebanyak 41 kali dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada makanan tersebut dihidangkan pada wanita yang dituju. Insya-Allah pada jiwa wanita tersebut timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada Anda.


HUKUM MENCUKUR BULU KEMALUAN

Posted by Ahmadul Hakim On 8:34 PM No comments
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.



Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAMdisisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
Rasulullah saw. bersabda, ‘Ayat yang terbesar di dalam Al-Qur`an adalah “Allaahu laa ilaaha illaa huwa al-hayyul qayyuum”. Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

Ayat Kursi menceritakan tentang ketuhanan.

Al-Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).…. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Dalam ayat Kursi juga disebutkan bahawa Allah tidak pernah mengantuk dan tidur. Hal inilah yang juga pernah ditanyakan umat Nabi Musa kepada nabinya.

Dalam kitab Taurat disebutkan Allah tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Benarkah itu?” tanya kaumnya. Kemudian Nabi Musa menjelaskan maksud ayat itu kepada kaumnya sebagaimana yang juga dijelaskan dalam Taurat, walaupun sudah dijelaskan, kaumnya masih bertanya lagi “Bagaimana Tuhan tidak perlu tidur? Maka Allah menyuruh Nabi Musa memegang dua gelas yang diisi penuh air. Ketika gelas sedang berada ditangannya, Allah lalu menidurkan Nabi Musa, tentu saja botol jatuh dan pecah. Kemudian Allah menyuruh Nabi Musa as. “Hai Musa, katakanlah kepada umatmu, jika Allah tidur, nescaya akan rosaklah dunia ini“.

Wallahualam...

Hukum Memperingati Maulidur Rasul

Posted by Ahmadul Hakim On 3:23 AM No comments

HUKUM MEMPERINGATI MAULID NABI MUHAMMAD SAW



            Bagaimanakah hukum memperingati maulid Nabi Muhammad SAW? Saya akan mencuba menjelaskan sejauh mana pengetahuan saya tentang hal itu.

            Ada ulama yang mengatakan bahawa merayakan maulid Nabi hukumnya adalah haram dengan dalil bid’ah dan pendapat ulama yang majoriti hukumnya adalah tidak haram. Ok, sekarang kita punya kata kunci yaitu “bid’ah” inilah yang menjadi permasalahan yang diperdebatkan. Kerana adanya dua pendapat yang saling bertolak belakang tersebut dalam memandang hukum peringatan maulid Nabi.

            Jika permasalahan adalah pernah atau tidaknya Nabi merayakan hari kelahirnya atau tidak pernah, maka permasalahan ini cukup jelas dan tidak terlalu rumit penyelesaiannya. Sekarang mari kita lihat bukti sejarah yang tidak ada pertentangan, yaitu sunnah Nabi tentang puasa di hari Isnin.

            Dalam shahih Muslim dari hadis Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shalallahu  alaihi wassalam pernah ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau Shalallahu ‘alaihi wassalammenjawab,
” Hari tersebut merupakan hari aku dilahirkan (hari senin) , dan hari aku diutus atau diturunkannya Al-Qur’an  kepadaku pada hari tersebut (hari kamis).” (HR.Muslim)

            Sekarang saya tidak ingin membicarakan hadis tersebut lebih lanjut, jikalau masih memunculkan keraguan tentang kesahihannya. Saya hanya ingin mengatakan, jika peringatan maulid Nabi merupakan hal sedikit mengganjal pendengaran, karena diterima pakai dari segi bahasa yang tidak mempunyai unsur islamiyah. Tidak ada persoalan, kita ganti saja istilahnya. Telepas anda ingin memberi nama apa, mengingat hal itu tidak mempengaruhi apa yang menjadi kegiatan di dalamnya.

            Menurut saya yang terpenting adalah apa yang dilakukan di dalam acara tersebut, jika bertentantangan dengan nilai-nilai Islam, maka pastilah haram hukumnya acara tersebut. Selama masih berada dalam jalur yang tepat, misalnya zikir akbar, pembacaan sirah nabi, ceramah tentang akhlak Nabi, dan kegiatan lainnya yang bisa mendatangkan manfaat.

            Kesimpulannya bergantung atas kegiatanyang dijalankan. Haram atau tidak haramnya.

  ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMMAD WA ‘ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD

Tujuh Kalimah yang Perlu Dihafal

Posted by Ahmadul Hakim On 12:29 AM No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tujuh kalimah yang sagat berfaedah kepada kita jika menghafalnya.



Entry kali ini pendek dan ringkas sahaja tetapi amat bermakna sekiranya kita mengamalkan dan memahaminya. Bak kata orang, biar pendek, asalkan padat dengan ilmu pengetahuan.

Apakah tujuh kalimah tersebut?


Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah...

Biarkan atau Sebarkan?

Sabda Rasulullah SAW, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

Empat Kepentingan Surah Al Fatihah

Posted by Ahmadul Hakim On 1:54 AM 1 comment

Surah al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari di dalam solat memiliki banyak keutamaan. Bagi setiap muslim semestinya mengetahui keutamaan ini agar benar-benar dapat merasai kehebatan Surah ini apabila membacanya samada di dalam ataupun di luar solat. Antara keutamaannya ialah:




Pertama: Solat tidak sah tanpa al-Fatihah. Sebagaimana tiang Agama adalah solat maka tiang solat adalah Surah al-Fatihah.

Kedua: Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (15670), al-Bukhari (4474), Abu Daud (1458), an-Nasaa-i (912), Ibnu Majah (3785) daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.
Ketiga: Al-Fatihah berkedudukan tinggi sebagai ruqyah (jampi). Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari (5736), Muslim (2201) daripada Abu Sa’id al-Khudri RA mengenai sekumpulan sahabat yang mendatangi satu kampung yang mana ketua kampung tersebut di sengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat (Abu Sa’id RA sendiri) menjampinya dengan al-Fatihah, kemudian sembuh ketua kampung tersebut.Subhanallah...

Kempat: Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim (806) daripada Ibnu Abbas RA katanya:
Ketika Jibril duduk di sisi Nabi SAW tiba-tiba Ia mendengar bunyi seperti pintu yang di buka dari atas. Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: Ini adalah pintu langit yang di buka pada hari ini, ia tidak pernah di buka sebelumnya kecuali pada hari ini. Kemudian turun malaikat dari langit, berkata Jibril: Ini adalah malaikat yang turun ke bumi,  sebelumnya ia tidak pernah turun kecuali pada hari ini. Malaikat tersebut mengucapkan salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua nur (cahaya) yang dikurniakan kepada mu, ia tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum mu yaitu Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan penutup Surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286). Tidaklah kamu membaca satu huruf dari kedua-duanya kecuali pasti akan diberikan.
Wallahualam..

Amal Jariyah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah wafat. Amalan tersebut terus memproduksi pahala yang terus mengalir kepadanya.

Hadis tentang amal jariyah dari Abu Hurairah menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) wafat, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perbuatan, yaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" (HR. Muslim).



Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang disebar­luaskannya, anak saleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya” (HR. Ibnu Majah).

Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut.

1. Menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal maupun tidak formal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna.

2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal tanpa mengurangi nilai/pahala yang diterima oleh anak tadi.

3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.

4. Membangun masjid. Hal ini sejalan dengan sabda Nabi SAW, ”Barangsiapa yang membangun sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangun untuknya sebuah rumah di surga” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Orang yang membangun masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.



5. Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang ingin melakukan kebaikan. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membangunnya.

6. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami orang banyak. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.

Semakin banyak orang yang memanfaat­kannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membangun sebuah sumur lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

7. Menyedekahkan sebagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
  • RSS
  • Email
  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • Habbo
  • Blog Rasmi