Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Mohon hulurkan bantuan.

Posted by Ahmadul Hakim On 4:53 AM 75 comments
Bismillah.
.
Assalamualaikum.
.
Saya di sini bukanlah ingin mempromosikan sebarang jualan. Tapi saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar ini. 
.
Daripada membazirkan RM1 dengan perkara2 yang tak berfaedah, lebih baik kita membantu mereka yang memerlukan. Walaupun RM1, tapi ianya amat membantu.
.
Sekiranya tidak mampu, share berita ini juga bakal memberi kita pahala pasif. Asyik buat income pasive je, arini pahala pula.
.
Allah juga menjanjikan ganjaran yang lagi besar buat mereka yang meringankan beban saudaranya. In Shaa Allah.



10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al-Kahfi

Posted by Ahmadul Hakim On 5:52 AM 44 comments
Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)



10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi



Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

1. Alhamdu lillahi allathee anzala AAalaAAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwajan
(Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya)


2. Qayyiman liyunthira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena allatheena yaAAmaloona alssalihati anna lahum ajran hasanan
(sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,)


3. Makitheena feehi abadan
(mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.)


4. Wayunthira allatheena qaloo ittakhatha Allahuwaladan
(Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak.")


5. Ma lahum bihi min AAilmin wala li-aba-ihimkaburat kalimatan takhruju min afwahihim in yaqooloona illa kathiban
(Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.)


6. FalaAAallaka bakhiAAun nafsaka AAala atharihimin lam yu/minoo bihatha alhadeethi asafan
(Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an))


7. Inna jaAAalna ma AAala al-ardizeenatan laha linabluwahum ayyuhum ahsanu AAamalan
(Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.)


8. Wa-inna lajaAAiloona ma AAalayha saAAeedanjuruzan
(Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.)


9. Am hasibta anna as-haba alkahfi waalrraqeemi kanoo min ayatinaAAajaban
(Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?)


10. Ith awa alfityatu ila alkahfi faqaloo rabbanaatina min ladunka rahmatan wahayyi/ lana min amrinarashadan
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.)


10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi


101. Allatheena kanat aAAyunuhum fee ghita-in AAan thikreewakanoo la yastateeAAoona samAAan
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.)


102. Afahasiba allatheena kafaroo an yattakhithoo AAibadeemin doonee awliyaa inna aAAtadna jahannama lilkafireenanuzulan
(Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.)


103. Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?)


104. Allatheena dalla saAAyuhum fee alhayati alddunya wahum yahsaboona annahum yuhsinoonasunAAan
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.)


105. Ola-ika allatheena kafaroo bi-ayatirabbihim waliqa-ihi fahabitat aAAmaluhum falanuqeemu lahum yawma alqiyamati waznan
(Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari qiamat kelak.)


106. Thalika jazaohum jahannamu bima kafaroo waittakhathoo ayatee warusuleehuzuwan
((Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.)


107. Inna allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati kanat lahum jannatualfirdawsi nuzulan
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).)


108. Khalideena feeha la yabghoona AAanha hiwalan
(Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.)


109. Qul law kana albahru midadan likalimatirabbee lanafida albahru qabla an tanfada kalimatu rabbee walawji/na bimithlihi madadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.)


110. Qul innama ana basharun mithlukum yooha ilayya annamailahukum ilahun wahidun faman kana yarjoo liqaarabbihi falyaAAmal AAamalan salihan wala yushrik biAAibadatirabbihi ahadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.)

Tips Untuk Rezeki yang Murah

Posted by Ahmadul Hakim On 7:26 AM 1 comment
Ramai antara kita sering mengeluh dan murung kerana seringkali usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, seringkali gagal. Rezeki yang dikejar selalu menghampakan. Justeru, saya turut ingin berkongsi kepada semua tentang bagaimana mendekatkan rezeki dengan cara yang berkesan. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambanNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasiha pada hambaNya lalu dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w, "Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W "dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tarmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. FirmanNya "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tentteram" (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W juga bersabda "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagianlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya" (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, Al-Asybahani dan al-Hakim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W "Apabila hambanya itu meninggalkan boerdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya" (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskinm juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu" (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah S.A.W "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat tidak hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilanhkan kesusahan, kesedian, dan kesukaran seta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahua'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya"

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W, berpagi-pagi ialah memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah merupakan amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi S.A.W bersabda "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya" (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W bersabda "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki" (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Rasulullah S.A.W bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya" (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkap malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluan pada petang harinya" (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat keras" (Ibrahim: 7) FirmanNya lagi "... dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Contohnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenalMu, bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya Fattah ya 'Alim" Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat ndenga Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya. Dalam Al-Quran Allah suruh kita meminta kepadanya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berikthiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaNya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sebdiri perlu berusaha jadi baik, hendak rezeki diberkati perlu dijauhinya benda yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal kepada Allah, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. FirmanNya "Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)" (At-Thalaq: 3). Nabi S.A.W bersabda "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tarmizi, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Doa Murah Rezeki (Dibaca Waktu Membuka Pintu/Tingkap)

Di baca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri. Bagi Internet Marketer, baca ketika hendak membuka komputer atau laptop. Bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.

Doa Murah Rezeki


Faedah surah Al-Thalaq ayat 2&3
  • Apabila diwiridkan pada tiap-tiap setelah solat fardhu yang 5, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya dan akan mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.
  • Barangsiapa yang membaca ayat ini selepas solat fardhu dalam bilangan ganjil (1,3,5 dll) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dalam bermasyarakat, berusaha dan bekerja.
Semoga dapat sama-sama kita amalkan & sampaikan kepada saudara-saudara yang lain untuk perkongsian ilmu bersama. rezeki adalah anugerah Allah, carilah sumber rezeki yang halal walaupun ianya agak sukar diperolehi dan jangan bersifat tamak, demi keberkatan dunia akhirat. Wassalamualaikum ~

Doa Pencerah Wajah

Posted by Ahmadul Hakim On 8:07 AM 33 comments
Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

*Tips mendapat pendapatan online tanpa modal. KLIK SINI*


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)


                                       
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.


Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Untuk doa pelembut hati dan pengasih pula, lakukan langkah-langkah di bawah.

1. Amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.
2. Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih.

Amalan penyeri wajah samada untuk lelaki atau perempuan petuanya adalah seperti berikut:-

1. Pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam ambil segelas air mineral atau air masak
2. Bekaskan di dalam cawan jangan tutup air itu dan selawat sebanyak 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai supaya mudah terkena embun.
3. Ambil air itu setelah lepas solat subuh, baca Bismilah 7 kali dan minum air itu dantinggalkan suku gelas untuk sapu di muka buat tiap-tiap hari pagi, kesan akan dirasai jika diamalkan dalam masa 7 hari amalkannya selalu sehingga wajah kelihatan berseri seri.

*Tips mendapat pendapatan online tanpa modal. KLIK SINI*

Untuk menjadikan kekasih hati kita / isteri menjadi setia, lakukan kaedah di bawah.


Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).



Sesuai dengan nama surahnya iaitu An Nisa artinya wanita maka khasiat ayat ini adalah untuk menarik perhatian para wanita khususnya calon isteri agar tetap setia. Caranya adalah bacalah ayat diatas sebanyak 41 kali dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada makanan tersebut dihidangkan pada wanita yang dituju. Insya-Allah pada jiwa wanita tersebut timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada Anda.


Tips Memanjangkan Nafas dan Memerdukan Suara 2

Posted by Ahmadul Hakim On 8:13 PM 45 comments
Sudah membaca tentang tips memanjangkan nafas? Alhamdulillah. Semoga anda praktikkannya untuk membolehkan nafas anda menjadi lebih panjang. :D

                                                          

Suara yang bagus pasti kita semua menginginkannya apalagi bagi seseorang yang hobby membaca Qur’an, berikut ini cara-cara agar anda memiliki suara bagus tersebut.


TIPS MERMERDUKAN SUARA

1. Menjernihkan Kerongkong
Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir tu susah nak keluar.

2. Titiskan Air
Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.

3. Minum Air Suam
Biasakan diri untuk minum air suam pada waktu malam. Jangan terus diminum air tersebut, kumurlah dahulu air suam itu, kemudian lepaskan ke dalam perut sediki demi sedikit sehingga dapat dirasakan di kerongkong.

4. Jaga Pemakanan dan Minuman
Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Lagi satu, jangan minum air berais (air sejuk) banyak sangat, banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan minuman yang berkafien juga seperti teh dan kopi.

5. Latihan Vokal
Lakukan latihan vokal dengan menyanyikan lagu yang memiliki nada rendah. Ketika menyanyi, keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menanyi dengan kuat agar pita suara terbiasa dan dapat melebar.
Seterusnya, nyanyikan tanda nada, do, re, mi, fa, so, la, ti, do dalam nada rendah. Kemudian nada sederhana dan last sekali nada maksimum(macam menjerit), agar pita suara menjadi elastik dan kita terbiasa. Akhir sekali, biasakan untuk menyanyi lagu yang bernada tinggi (macam lagu rock), mula-mula anda akan rasa susah, tapi lama-lama mesti dah terbiasa.
Lakukan latihan vokal ini minimum satu jam sehari agar suara menjadi lebih mantap.

Akhir sekali, sertakan doa kepada Allah untuk menjadikan suara kita lebih merdu dan nafas menjadi lebih panjang. Insya Allah sekiranya niat kita adalah baik, Allah akan memakbulkan doa kita. Insya Allah..

Tips Memanjangkan Nafas dan Memerdukan Suara 1

Posted by Ahmadul Hakim On 7:45 PM 34 comments
Seperti yang kita sedia maklum, untuk membaca al-Quran secara bertarannum, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat-peringkat atas seperti jawab bayyati  dan jawabul jawab. Ianya memerlukan latihan untuk mendapatkan nafas yang panjang itu.


Macam orang berlari 400 meter. Mereka-mereka yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan steady je berlari. Sedangkan yang tak pandai kawal pernafasan, akan pancit di tengah jalan. Lebih teruk daripada tu, bleh muntah hijau dulu sebelum boleh menyambung larian.


TIPS MEMANJANGKAN NAFAS


1. Tahan Nafas

Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20 saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa berlatih, nafas kita akan menjadi panjang. 
Cara kedua pula, senaman Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan



Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput

3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi (lepas solat subuh).

4. Jeritan Batin

Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.

Sambungan untuk tips memerdukan suara --> KLIK SINI

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima

Posted by Ahmadul Hakim On 7:16 AM No comments
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk. 
Surah Al-Baqarah (Ayat 43) 

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya:



1. Orang yang tiada berjamaah.
Dimaksudkan adalah orang yang mendengar azan tetapi tidak datang berjamaah. Dan yang dimaksudkan mendengar azan adalah mendengar azan dari suara bilal sendiri tanpa pembesar suara. Jadi mereka mereka yang rumahnya bersebelahan dengan surau/masjid (dapat mendengar suara bilal tanpa pembesar suara).

2. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Di dalam al-Quran banyak disebut "Dirikan solat dan tunaikan zakat". Bermaksud tiada diterima solat orang yang tidak berzakat atau zakat orang yang tidak bersolat.

3. Orang yang berzina.
Diceritakan orang yang berzina ini ibarat orang yang telah tertanggal imannya. Maka orang yang tidak beriman, maka solatnya tidak diterima.

4. Orang yang mengamal riba'.
Orang yang mengamalkan riba' dosanya adalah seperti dosa membunuh Nabi. Maka tiada iman dan tidak diterima solatnya.

5. Orang yang mencuri/merompak.
Tergantung solat orang yang mencuri itu sehingga dia bertaubat dan memulangkan barang yang dicurinya.

6. Orang yang memakan benda haram (mutlak).
Haram mutlak adalah seperti arak, khinzir, harimau dan lain lain binantang yang haram dimakan. Setitik arak, 40 hari Allah tidak menerima amalannya.

7. Orang yang memakan dan meminum perkara yang haram.
Dimaksudkan disini adalah memakan, meminum, atau menggunakan sesuatu yang halal tetapi menjadi haram kerana bukan milik. Contohnya adalah orang yang makan rambutan jiran tanpa izin.

8. Orang yang menjual yang haram.
Menjual yang haram yang dimaksudkan, adalah antaranya seperi orang yang menjual makanan eksotik, katak, biawak untuk orang kafir makan.

9. Orang yang lari dari tuan.
Antaranya adalah hamba yang lari dari tuannya. Dan ulama'-ulama' berpendapat termasuk dalam golongan ini adalah suami yang lari dari isteri dan anak anak. Iaitu suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak anak

10. Isteri yang masam mukanya.
Yang termasuk dalam golongan ini adalah, isteri yang masam muka, cakap kasar, marah atau ingkar perintah suami. Ingatlah, isteri isteri yang ingkar perintah suami, Allah tidak terima solat mereka.

10 golongan di atas solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T sehinggalah mereka bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali ke jalan yang benar.

Kitab Muhimmah

Untuk video yang lengkap keterangannya, sila tonton video di bawah.


Sekian, terima kasih.

Doa Ringkas Selepas Solat

Posted by Ahmadul Hakim On 12:53 PM No comments
Assalamualaikum. Pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu doa yang sering dibaca ketika selepas selesai menunaikan solat. Doanya tidak terlalu panjang dan mudah sahaja untuk dihafal tetapi mempunyai banyak kebaikan. InsyaAllah sekiranya diamalkan, ianya amat bermanfaat untuk kita semua.


Maksudnya : 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Rasulullah saw. bersabda, ‘Ayat yang terbesar di dalam Al-Qur`an adalah “Allaahu laa ilaaha illaa huwa al-hayyul qayyuum”. Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

Ayat Kursi menceritakan tentang ketuhanan.

Al-Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).…. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Dalam ayat Kursi juga disebutkan bahawa Allah tidak pernah mengantuk dan tidur. Hal inilah yang juga pernah ditanyakan umat Nabi Musa kepada nabinya.

Dalam kitab Taurat disebutkan Allah tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Benarkah itu?” tanya kaumnya. Kemudian Nabi Musa menjelaskan maksud ayat itu kepada kaumnya sebagaimana yang juga dijelaskan dalam Taurat, walaupun sudah dijelaskan, kaumnya masih bertanya lagi “Bagaimana Tuhan tidak perlu tidur? Maka Allah menyuruh Nabi Musa memegang dua gelas yang diisi penuh air. Ketika gelas sedang berada ditangannya, Allah lalu menidurkan Nabi Musa, tentu saja botol jatuh dan pecah. Kemudian Allah menyuruh Nabi Musa as. “Hai Musa, katakanlah kepada umatmu, jika Allah tidur, nescaya akan rosaklah dunia ini“.

Wallahualam...

Empat Kepentingan Surah Al Fatihah

Posted by Ahmadul Hakim On 1:54 AM 1 comment

Surah al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari di dalam solat memiliki banyak keutamaan. Bagi setiap muslim semestinya mengetahui keutamaan ini agar benar-benar dapat merasai kehebatan Surah ini apabila membacanya samada di dalam ataupun di luar solat. Antara keutamaannya ialah:




Pertama: Solat tidak sah tanpa al-Fatihah. Sebagaimana tiang Agama adalah solat maka tiang solat adalah Surah al-Fatihah.

Kedua: Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (15670), al-Bukhari (4474), Abu Daud (1458), an-Nasaa-i (912), Ibnu Majah (3785) daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.
Ketiga: Al-Fatihah berkedudukan tinggi sebagai ruqyah (jampi). Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari (5736), Muslim (2201) daripada Abu Sa’id al-Khudri RA mengenai sekumpulan sahabat yang mendatangi satu kampung yang mana ketua kampung tersebut di sengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat (Abu Sa’id RA sendiri) menjampinya dengan al-Fatihah, kemudian sembuh ketua kampung tersebut.Subhanallah...

Kempat: Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim (806) daripada Ibnu Abbas RA katanya:
Ketika Jibril duduk di sisi Nabi SAW tiba-tiba Ia mendengar bunyi seperti pintu yang di buka dari atas. Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: Ini adalah pintu langit yang di buka pada hari ini, ia tidak pernah di buka sebelumnya kecuali pada hari ini. Kemudian turun malaikat dari langit, berkata Jibril: Ini adalah malaikat yang turun ke bumi,  sebelumnya ia tidak pernah turun kecuali pada hari ini. Malaikat tersebut mengucapkan salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua nur (cahaya) yang dikurniakan kepada mu, ia tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum mu yaitu Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan penutup Surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286). Tidaklah kamu membaca satu huruf dari kedua-duanya kecuali pasti akan diberikan.
Wallahualam..
  • RSS
  • Email
  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • Habbo
  • Blog Rasmi