Tips Memanjangkan Nafas dan Memerdukan Suara 1

Posted by Ahmadul Hakim On 7:45 PM 35 comments
Seperti yang kita sedia maklum, untuk membaca al-Quran secara bertarannum, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat-peringkat atas seperti jawab bayyati  dan jawabul jawab. Ianya memerlukan latihan untuk mendapatkan nafas yang panjang itu.


Macam orang berlari 400 meter. Mereka-mereka yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan steady je berlari. Sedangkan yang tak pandai kawal pernafasan, akan pancit di tengah jalan. Lebih teruk daripada tu, bleh muntah hijau dulu sebelum boleh menyambung larian.


TIPS MEMANJANGKAN NAFAS


1. Tahan Nafas

Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20 saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa berlatih, nafas kita akan menjadi panjang. 
Cara kedua pula, senaman Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan



Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput

3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi (lepas solat subuh).

4. Jeritan Batin

Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.

Sambungan untuk tips memerdukan suara --> KLIK SINI

35 comments:

  1. Macam mananye nafas perut tu? Tarik nafas mcm biasa jugak ke ada cara lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafas perut : tarik nafas melalui mulut dalam keadaan perut kempis kedalam, automatik dada akan naik, lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut selama yg boleh.

      Delete
    2. Nafas perut : tarik nafas melalui mulut dalam keadaan perut kempis kedalam, automatik dada akan naik, lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut selama yg boleh.

      Delete
    3. Nafas perut yang sebenarnya adalah semasa kita menarik nafas perut kita yang akan mengembung bukan dada..dan dada juga x akan naik.. kalau dada naik tu namanya nafas dada..

      Delete
    4. sepengetahuan saya kalau nafas perut tu, saat kita tarik nafas melalui hidung (bukan melalui mulut) dan perut kita akan mengembung dan bila dipegang perut kita akan keras ,, saat menarik nafas, dada tidak boleh ikut mengembang ditakutkan nafas yg ada akan masuk ke dada bkan perut. Mohon koreksinya.

      Delete
  2. saya teringin nak panjangkan nafas tapi tak boleh mcam mana,.,.,.,???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lakukan kardio 2 atau 3 kali seminggu. Banyakkan latihan pernafasan, iaitu tarik, tahan dan lepas secara perlahan2. Semua tips diatas memang tepat seperti apa yang saya lakukan selama ni. Moga-moga memberi manfaat.
      Tips : Rajin

      Delete
    2. lakukan kardio 2 atau 3 kali seminggu. Banyakkan latihan pernafasan, iaitu tarik, tahan dan lepas secara perlahan2. Semua tips diatas memang tepat seperti apa yang saya lakukan selama ni. Moga-moga memberi manfaat.
      Tips : Rajin

      Delete
  3. Nk nyanyi lagu tinggi tapi xlepas nk tarik camne nk bagi lepas tarik lagu tinggi

    ReplyDelete
  4. Kalau cara suara agar tidak melengking macamana?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kenapa saya tak boleh tarik lagu tinggi?

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kenapa saya tak boleh tarik lagu tinggi?

    ReplyDelete
  7. Klau nk suara tinggi...nyanyi sambil berak.. Huhu

    ReplyDelete
  8. Nak tanya sikit...kalau dah tahan nafas 10 saat...15,20,25,30 dalam 5 hari,,adakah benar nafas kita akan menjadi panjang sedikit....

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas tips ini. Saya akn cube tips ni. Moge menjadi amiin. Terima kasih blogger

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas tips ini. Saya akn cube tips ni. Moge menjadi amiin. Terima kasih blogger

    ReplyDelete
  11. Nk tanya, kenapa eh saya takleh nafas dengan perut? Dada naik jugak.

    ReplyDelete
  12. Btul btul btul... Nak cuba nak cuba

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ini sangat membantu

    ReplyDelete
  14. Tarik nafas sehingga perut kembung dan lepaskan dengan perlahan-lahan tanpa bunyi.....

    ReplyDelete
  15. Kalaua narik nafas apa perut posisi kempis?

    ReplyDelete
  16. Askum,nak tanya nafas pendek itu apa tiap orang dah ketetapan ataukah kita yang ada halangan atau apalah, untuk nafas panjang

    ReplyDelete

  • RSS
  • Email
  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • Habbo
  • Blog Rasmi